Selasa, 22 Disember 2020
KUBUR 🤍
Isnin, 26 Oktober 2020
TERTANGGUHNYA SEBUAH DOA 🤍
Dan dari rintihan penyesalan dosa, Naik wewangian melampaui atap langit.
Sehingga para malaikat yang patuh memohon kepada Rabb, seraya berkata,
"Wahai Engkau yang menjawab semua doa, Wahai Engkau yang perlindungannya didambakan. Seorang hambaMu yang taat tengah memohon dengan berendah hati, Tak digantungkannya harapan kecuali kepadaMu. Engkau Sang Penganugerah limpahan bahkan kepada mereka yang asing padaMu(bukan islam), turut memperoleh, mengharap dan mendapat dambaannya dariMu."
Rabb bersabda, "Bukanlah kerana dia tercela, sehingga anugerahKu baginya ditunda. Akan tetapi penundaan itu adalah sebuah bantuan💚.
Kebutuhannya membawa dia dari kelalaiannya kepadaKu, Kebutuhannya menjadikan dia dari alpa kepada taat.
Seandainya langsung Ku penuhi keperluannya, segera dia berbalik, tenggelam kembali dalam permainan hidupnya.
Walaupun dia merintih, dari kedalaman jiwanya: "Wahai Rabb, Sang Maha Pelindung, "biarlah dia menangis dengan hati patah dan dada terluka.
Aku senang mendengar rintihannya,
Dan bagaimana dalam permohonan dan beralasan kepada Ku, akan dia ajukan aneka/bermacam bujukan, bahkan cuba memperdaya dan memaksa.
Orang memasukkan burung nuri dan bulbul ke dalam kandang yang bagus, untuk mendengar keindahan suara dan nyanyian mereka.
Itu tak dilakukan orang terhadap burung hantu atau gagak.
Atau, seperti kisah dua orang yang pergi menemui seorang pembuat roti, yang pertama seorang yang tua dan buruk rupa, yang ke dua seorang pemuda tampan, yang elok wajahnya disukai sang tukang roti.
Ke duanya meminta roti, Sang tukang roti segera memberi si tua buruk rupa sepotong roti tak beragi, lalu langsung menyuruh dia pergi.
Tapi apakah dia akan juga segera memberi roti pada sang pemuda yang ketampanan dan elok wajahnya yanh dia sukai? Tidak! malah dia akan menahannya.
Dia akan berkata, "duduklah sebentar, kau takkan rugi sedikit pun, roti segar yang baru tengah dibakar."
Lalu, ketika sudah matang, dan roti panas dansegar dihidangkan kepadanya, sang tukang roti akan berkata, "tunggulah sebentar lagi, halwa segera dihidangkan."
Begitulah dia suka menahan sang pemuda, dan secara tersembunyi menjadikan sang pemuda sasaran perhatiannya.
Seakan berkata, "Aku punya urusan penting yang perlu kita bicarakan, keraa itu tunggulah sebentar, wahai wajah elok rupawan."
Ketahuilah dengan yakin, inilah sebab mengapa mereka yang beriman, menjumpai berbagai kekecewaan ketika memohonkan kebaikan dan menghindari kejahatan.
Ahad, 18 Oktober 2020
SELAMAT DATANG RABIUL AWAL /BULAN MAULID🤍
Isnin, 12 Oktober 2020
TUNGGU KE MENUNGGU? atau mungkin DI SURUH TUNGGU 🤍
Jumaat, 2 Oktober 2020
BERHARAP 🤍
Mengharap itu boleh tapi jangan terlalu. Kerana ramai antara kita sering mengharap terlampau tinggi sehingga dia jadi tak sedar diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata.
Selasa, 1 September 2020
DAKWAH 🤍
Ahad, 30 Ogos 2020
[2:286] 🤍
Tidak mungkin basah terpisah dari air, suatu langkah dari gerakan lainnya.
Takkan padam nyala api dengan api lainnya.
Kalaupun ribuan tahun kau cuba hindari, pada akhirnya, kan kau dapati bayangan senantiasa bersamamu.
Yang melayanimu adalah dosa dosamu,
Hal ini kan ku jelaskan, hanya jika telah kuat hatimu,
Mestilah engkau miliki, dan sandingkan keduanya, Cahaya dan Kegelapan
Ketika dari pohon RahmatNya, Dia tumbuhkan untukmu sayap dan bulu, jadilah sesenyap merpati, jangan mendekur.
Ketika seekor katak masuk kedalam air, sang ular tak dapat mendengarnya, tapi saat ia menguak, ular jadi tahu dimana ia berada.
Walaupun sang katak berusaha menipu, dengan mendesis menirukan ular, suara aslinya yang parau tetap terdengar.
Sang katak hanya dapat selamat jika menutup mulut, dan diam di suatu sudut.
Mengadulah pada Allah,
Khamis, 27 Ogos 2020
SAHABAT 🤍
KAWAN 🤍
Sabtu, 8 Ogos 2020
NASIHAT SHEIKH ZAINUL ASRI 🤍
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد.
Manusia ini selalu berangan angan dengan pekara yang jauh kehadapan. Sedangkan mereka lupa akan kematian. Padahal kematian itu dekat sahaja dengan kita .
" Ciptalah nama bagi nama kita ada dalam Syurga. Cipta nama kita bagi nama kita tersenarai sebagai PENGHUNI SYURGA ALLAH.. Tiket Syurga beli di sini (dunia), baru ada tempat di sana (SYURGA)"
"Selagi mana kita belum beramal, kita tidak akan tahu macam mana rasa mesra dengan Allah SWT.
"Ibarat lastik..sekuat mana ditarik sejauh itulah batu akan pergi....begitu juga dalam mendapatkan CINTA ALLAH... Sekuat mana kemahuan kita dalam mendapatkan CINTA ALLAH... setara itulah CINTA akan diperolehi"
"Kita tidak akan ditolong oleh ALLAH SWT, kalau kita tidak yakin kepada ALLAH. ALLAH SWT akan tolong kita mengikut berapa kadar kita yakin kepada DIA".
Orang yang banyak buat dosa di bumi bererti dia sedang mengutip bahan-bahan untuk membakar dirinya sendiri kelak.
"Kalau dunia ada di dalam hati kita, habis kita, virus makan dalam, rosak semuanya, hilang khusyuk sembahyang, hilang barakah, hilang pandangan ALLAH. Tiada keredhaan ALLAH... Jadi, jangan duduk dalam KETIDAKREDHAAN ALLAH kepada kita."
"Buang apa saja selain dari ALLAH yang ada dalam hati. Jiwa yang ada selain ALLAH tidak akan tenang. Dia tak duk di level mutmainnah. Dia sentiasa keluh kesah, dia tak tenang, dia tak ada bahagia.. Kalau ALLAH uji, kelam kabut... berselerak!"
Sedangkan, orang yang hanya ada ALLAH dalam hati, bila ALLAH uji, semakin dekat dia dengan ALLAH, semakin kuat dia bergantung dengan ALLAH, semakin kejap.''
Semakin bertambah MA'RIFATULLAH kita di dunia, semakin bertambah rasa seronok ketika melihat ALLAH SWT di SYURGA.
"Sucikan hati sesuci-sucinya. Bersihkan sebersih- bersihnya, bagi kilat sekilat-kilatnya. Itulah perjuangan kita di dunia ini. Itulah hati yang dipandang ALLAH.. Hati bersih barulah ALLAH pandang."
"Rugi sungguh orang yang ada hati tapi tak guna untuk mengenal TUHAN."
“Hati yang rendah adalah hati orang yang selalu merasakan dia berdosa.”
“Sesiapa menjaga pandangannya, maka ALLAH akan memberi (untuknya) kemanisan dalam beribadat.”
"Laluan kepada TUHAN ialah laluan yang dipenuhi dengan ujian. Para WALI menempuhi ujian dengan cinta."
Lebih ditakuti ialah bilamana NABI SAW tidak perhati kita. Macam mana tidak diperhati NABI? kita lupa (selawat) kepada NABI SAW.
اللهم صل على سيدنا محمد
KISAH TINGKAP BILIK SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM 🤍
Selasa, 4 Ogos 2020
Jumaat, 24 Julai 2020
Sabtu, 13 Jun 2020
YA ALLAH AKU RINDU 🤍
Menurutmu, dia nampak gila. Tapi itu kerana telingamu tak mampu mendengar irama yang membuatnya menari.
Khamis, 11 Jun 2020
TERKADANG AKU 🤍
Khamis, 4 Jun 2020
KAU TAK SENDIRI 🤍
Sabtu, 16 Mei 2020
SAYANG MAK, HARGAI MAK, BUAT MAK GEMBIRA 🤍
Berkumpul untuk menggamit kenangan. Makan-makan, borak-borak di rumah. Namun ia tetap tidak sama. Mak tanpa ‘tiang serinya’ yang bernama Mak.
Ingat bila takde nanti b, tak sama dah. Tiada lagi Mak yang sambut orang depan pintu. Tiada Mak yang nak jemput kau dekat stesen minyak petronas. Yang kadang kadang kau masam muka sebab lambat. Walhal mak dah cuba yang terbaik.
Dah takde nanti nak panggil, ‘Mak, masak apa?’. Dah tiada lagi bau masakan Mak dari dapur. Dah tiada lagi susuk Mak yang baring baring di atas katil sebelah tinggap tunggu line download video ustaz somad. Takde pun orang nak suruh buat air kopi hantar dekat bilik.
Tiada lagi tangan berkedut untuk orang salam. Tiada lagi tangan untuk orang selitkan not duit macam masa belajar dulu.
Tiada lagi bekalan makanan Mak untuk dibawa pulang.
Rabu, 29 April 2020
PILIHAN 🤍
Hening menyepi di gunung, nyaman bagi sebagian orang, tapi membosankan buat yang lain.
Setiap kita diciptakan untuk sebuah amal tertentu, dan hasrat akan amal itu ditaruh dalam hati kita.
Tak mungkin tangan dan kaki bekerja tanpa digerakkan hasrat.
Jika kau dapati hasratmu mengarah ke Langit, kepakkan sayapmu dan jangkaulah.
Tapi jika hasratmu mengarah pada sesuatu di bumi, teruslah rintihkan permohonan ampun.
Orang bijak menangis, pada bagian awal jalan; sementara orang bodoh menyesal pada bagian akhir.
Cermati baik-baik sejak awal, akhir seperti apa yang kau hasrati, sehingga tak ada penyesalan pada Hari Perhitungan.
PENILAIAN ITU, PADA HATI 🤍
Isnin, 27 April 2020
PANGKAT DI DUNIA 🤍
Ahad, 26 April 2020
DI SEBALIK KESAKITAN UJIAN 🤍
Ahad, 19 April 2020
TERSENTAK, DARI SEBUAH MIMPI 🤍
AMANAH, ADAKAH KAMU MANFAATKAN SEBAIKNYA? 🤍
KITA BERTUHAN 🤍
Ahad, 22 Mac 2020
YA SYABAB, TUNDUKKAN PANDANGAN 🤍
Sabtu, 21 Mac 2020
KEMATIAN ORANG SOLEH 🤍
-
Rabu, 4 Mac 2020
DOSA MULUT🤍
Sabtu, 29 Februari 2020
HASAD 🤍
PENYAKIT PENYAKIT HATI🤍
MAHABBAH LAHIR DARI HATI YANG BERSIH🤍
Jumaat, 28 Februari 2020
KERENDAHAN HATI GURU, MEMBENTUK AKHLAK MURID
TAWADHUK 🤍
MENJAGA PERASAAN ORANG LAIN🤍
LOW OF THE GARBAGE TRUCK : DALAM HATI ADA BANYAK DAMPAH
MONOLOG DIRI YANG KIAN HILANG 🤍
NOSTALGIA TUA 🤍
HASAD
MEMAAFKAN 🤍
TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT
dulu, aku pulang tanpa fikir panjang, tanpa tapis cerita, tanpa takut jadi bahan esok hari. dulu, suara kau adalah tenang, pelukan kau adal...
-
Sayang Masihkah kau ingat? Di sini bermusim yang lalu Adalah tempat kita merenung wajah pagi Tatkala suria bulan madu memunculka...
-
Kelmarin tatkala kau lafazkan, Bahawa tiada orang tua yang cantik dan tiada budak yang baik di sini, Jantungku bagai dipanah men...








