Hasad dengki ini penyakit batin yang boleh berlaku ke atas sesiapa pun, Melainkan mereka yang ma'shum dan yang mahfuz.
-
Dan hasad dengki ini biasanya berlaku sesama sekufu mereka. Seperti Pelajar dengki dengan Pelajar, Peniaga dengki dengan Peniaga, Dato' dengki dengan Dato', Pelakon dengki dengan Pelakon, Ustaz dengki dengan Ustaz, ahli Politik dengki dengan Ahli Politik, dan begitulah seterusnya. Antum kiaskanlah,
-
Kata ulamak :
ما يحسد المرء إلا من فضائله
"Tidak dicemburui seseorang itu melainkan kerana memang ada kelebihan kelebihan pada dirinya". Dan lazimnya seseorang itu dicemburui kerana Ilmunya, Keadaannya, Keberaniannya, dan Kepemurahannya.
-
Diriwayatkan juga bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
إن كل ذي نعمة محسود
"Sesungguhnya tiap tiap orang yang mempunyai nikmat itu dihasad oleh orang akan dia".
-
Jadi, kalau nak taqdir kata ini disebabkan oleh hasad dengki, Memang boleh taqdir begitu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya.
-
Adapun kita, Maka kita tidak boleh menghukum seseorang itu dengan apa yang ada di hatinya. Hasad dengki itu penyakit beathin, Penyakit dalam hati seseorang. Kita tidak melihat apa yang ada dalam hatinya. Kita hanya dibenarkan menghukum dengan yang zahir sahaja.
-
Jadi, Jika ingin bercakap dalam isu ini. Maka lihat apa yang zahirnya. Yang zahir di sini adalah terdapatnya ucapan daripada mereka dari sudut boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam. Dan atas dasar yang zahir ini, maka mereka dikenakan tindakan.
-
Adapun bagi mereka yang berhasad dengki itu, Maka kita katakan, Ittaqullah. Takutlah kamu kepada Allah. Ingatlah pesan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
لا تحاسدوا ولا تقاطعوا ولا تباغضوا ولا تدابروا وكونوا عباد الله إخوانا
"Janganlah kamu berdengki dengkian, Dan jangan kamu memutuskan silaturrahmi, Dan jangan kamu membelakangkan setengah kamu akan setengah yang lain ketika berjumpa, Dan jangan kamu berbenci bencian, dan jadilah kamu itu hamba Allah yang berkasih sayang dan bersaudara".
-
Dan hendaklah kita berasa bimbang dan selalu ingat pada hadits Nabi shallallahu 'alaihi wasallam :
الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب
"Hasad dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api memakan membinasakan kayu api".
-
Jangan sampai pahala amal kebajikan kita binasa gara-gara sifat hasad dengki ini. Tinggalkan hasad dengki. Ini sifat mazmumah yang sangat keji. Jangan ada sifat ini dalam diri kita. Ini sifat kaum munafiq.
-
Kata Fudhail bin 'Iyadh rahimahullah :
المؤمن يغبط والمنافق يحسد :
"Orang mukmin itu Yaghbit, Dan orang munafiq itu Yahsud". Bersaing secara sihat itu sifat orang beriman. Berhasad dengki itu sifat orang munafiq.
-
Sekian Khas Untuk diri aku Nur Habibi binti Abdul Rahman. Moga Allah ampunkan dosa🤲
Tiada ulasan:
Catat Ulasan