Isnin, 30 Mac 2026

TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT

 dulu,

aku pulang tanpa fikir panjang,

tanpa tapis cerita,

tanpa takut jadi bahan esok hari.


dulu,

suara kau adalah tenang,

pelukan kau adalah rumah,

dan aku… tak pernah rasa perlu berjaga.


tapi sekarang,

kata-kata jadi berlapis,

cerita jadi pendek,

dan hati aku belajar diam.

bukan sebab aku tak sayang,

bukan juga sebab aku dah berubah,


cuma…

tempat itu tak lagi selamat seperti dulu.

aku masih anak kau,

masih rindu versi kita yang lama,

yang tak perlu sembunyi,

yang tak perlu kuat sangat.

kalau kau tanya kenapa aku jauh,

jawapannya bukan benci—


cuma aku sedang belajar

menjaga hati sendiri.

dan dalam diam,


aku masih berharap…

suatu hari nanti,

aku boleh pulang lagi

tanpa rasa takut.


 

Ahad, 8 Februari 2026

Entah

 Adik-beradik boleh berjauhan bukan kerana benci,

tetapi kerana cerita yang tak sepatutnya sampai.

Kadang-kadang, yang memisahkan itu datang dari orang yang paling dipercayai.

Meluah sebab tak tahu nak cakap dengan siapa,

sedangkan diri sendiri yang memilih untuk terus tinggal. Membuat pilihan dalam keadaan sedar

Dan yang menanggung akibatnya — anak-anak.

Isnin, 2 Februari 2026

Nisfu Syaaban dan Keikhlasan yang Tidak Dipaksa

Malam Nisfu Syaaban sering diangkat sebagai malam doa, keampunan dan pembaikan hubungan sesama manusia. Ramai mengambil peluang untuk saling bermaafan, dan itu adalah satu amalan yang baik serta dituntut.

Namun pengalaman pada Khamis malam, 13 Februari 2025 (bersamaan 15 Syaaban 1446H) mengajar aku satu hakikat yang tidak semua orang selesa untuk dengar.

Aku tidak pernah menolak adab, apatah lagi memutuskan silaturahim. Tetapi apabila kemaafan mula dituntut, disemak melalui orang lain, dan dijadikan ukuran keprihatinan, di situlah nilai keikhlasan mula hilang. Lebih menyedihkan apabila seseorang ditegur bukan untuk mendidik, tetapi untuk menundukkan.

Minta maaf bukan satu kewajipan sosial yang perlu dipastikan melalui soal siasat. Ia bukan perkara yang wajar dipaksa, apatah lagi dijadikan alat untuk meninggikan diri dan merendahkan orang lain. Dalam Islam, yang diangkat bukan suara paling lantang, tetapi hati yang paling jujur.

Memaafkan itu kemuliaan.

Meminta maaf itu adab.

Dan adab tidak pernah lahir daripada paksaan.

Jika benar tujuan kita adalah membersihkan hati, maka biarlah ia berlaku dengan tenang dan berlapang dada. Kerana keikhlasan yang dipaksa hanya melahirkan kepatuhan, bukan kemaafan.

Semoga Nisfu Syaaban mengajar kita untuk lebih menjaga hati sendiri sebelum menghakimi hati orang lain. Kerana Allah tidak menilai siapa paling awal bersuara, tetapi siapa paling benar niatnya.

TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT

 dulu, aku pulang tanpa fikir panjang, tanpa tapis cerita, tanpa takut jadi bahan esok hari. dulu, suara kau adalah tenang, pelukan kau adal...