Isnin, 26 Oktober 2020

TERTANGGUHNYA SEBUAH DOA 🤍



Tak terhitung banyaknya hamba yang taat, Menjerit dalam doa sehingga kabut ketulusan membubung ke langit.

Dan dari rintihan penyesalan dosa, Naik wewangian melampaui atap langit.

Sehingga para malaikat yang patuh memohon kepada Rabb, seraya berkata,

"Wahai Engkau yang menjawab semua doa, Wahai Engkau yang perlindungannya didambakan. Seorang hambaMu yang taat tengah memohon dengan berendah hati, Tak digantungkannya harapan kecuali kepadaMu. Engkau Sang Penganugerah limpahan bahkan kepada mereka yang asing padaMu(bukan islam), turut memperoleh, mengharap dan mendapat dambaannya dariMu."

Rabb bersabda, "Bukanlah kerana dia tercela, sehingga anugerahKu baginya ditunda. Akan tetapi penundaan itu adalah sebuah bantuan💚.

Kebutuhannya membawa dia dari kelalaiannya kepadaKu, Kebutuhannya menjadikan dia dari alpa kepada taat.

Seandainya langsung Ku penuhi keperluannya, segera dia berbalik, tenggelam kembali dalam permainan hidupnya.

Walaupun dia merintih, dari kedalaman jiwanya: "Wahai Rabb, Sang Maha Pelindung, "biarlah dia menangis dengan hati patah dan dada terluka.

Aku senang mendengar rintihannya,
"Wahai Rabb," dan do'a yang dia rahasiakan(hamba)

Dan bagaimana dalam permohonan dan beralasan kepada Ku, akan dia ajukan aneka/bermacam bujukan, bahkan cuba memperdaya dan memaksa.

Orang memasukkan burung nuri dan bulbul ke dalam kandang yang bagus, untuk mendengar keindahan suara dan nyanyian mereka.

Itu tak dilakukan orang terhadap burung hantu atau gagak.

Atau, seperti kisah dua orang yang pergi menemui seorang pembuat roti, yang pertama seorang yang tua dan buruk rupa, yang ke dua seorang pemuda tampan, yang elok wajahnya disukai sang tukang roti.

Ke duanya meminta roti, Sang tukang roti segera memberi si tua buruk rupa sepotong roti tak beragi, lalu langsung menyuruh dia pergi.

Tapi apakah dia akan juga segera memberi roti pada sang pemuda yang ketampanan dan elok wajahnya yanh dia sukai? Tidak! malah dia akan menahannya.

Dia akan berkata, "duduklah sebentar, kau takkan rugi sedikit pun, roti segar yang baru tengah dibakar."

Lalu, ketika sudah matang, dan roti panas dansegar dihidangkan kepadanya, sang tukang roti akan berkata, "tunggulah sebentar lagi, halwa segera dihidangkan."

Begitulah dia suka menahan sang pemuda, dan secara tersembunyi menjadikan sang pemuda sasaran perhatiannya.

Seakan berkata, "Aku punya urusan penting yang perlu kita bicarakan, keraa itu tunggulah sebentar, wahai wajah elok rupawan."

Ketahuilah dengan yakin, inilah sebab mengapa mereka yang beriman, menjumpai berbagai kekecewaan ketika memohonkan kebaikan dan menghindari kejahatan.


Ahad, 18 Oktober 2020

SELAMAT DATANG RABIUL AWAL /BULAN MAULID🤍




Diceritakan bahawa Abu Lahab diringankan siksaannya pada setiap hari Isnin kerana bergembira atas kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ dengan memerdekakan hambanya Tsuwaibah, kerana dia telah memberikan berita kelahiran Al Musthofa.

Bagaimana dengan kita ?

"Telah ada riwayat bahwa selamanya setiap hari Isnin, dia diringankan siksanya kerana bergembira dengan lahirnya baginda Rasulullah ﷺ.

"Maka bagaimana dengan seorang hamba yang selama hidupnya. Selalu bergembira dengan baginda Rasulullah ﷺ dan dia pun meninggal dunia dalam ketauhidan ?

Bagaimana dengan kita yg selalu bergembira dengan kelahiran baginda Rasulullah ﷺ .. ?

Tidakkah kemuliaan dari baginda junjungan akan meliputi hidup kita di dunia dan akhirat ?.

Peringatan kelahiran baginda Rasulullah ﷺ adalah bentuk kegembiraan akan lahirnya manusia teragung dan termulia di dunia ini.

#AllahuAllah..
#SolawatlahSebanyaknya

اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ .
جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هُوَ أَهْلُهُ

Isnin, 12 Oktober 2020

TUNGGU KE MENUNGGU? atau mungkin DI SURUH TUNGGU 🤍




Sekejam-kejam kelakuan adalah dengan menyuruh seseorang yang menyukai kau, Untuk menunggu kau dan akhirnya selepas dia penat menunggu kau, kau kahwin dengan orang lain.

Ya, kita memang harus pilih yang terbaik buat kita tapi apa yang kau buat itu telah memberikan impak dan merosakkan impian indah seseorang. Yang kau tidak tahu, menunggu itu sakit dan ianya menyeksa. Dia (menunggu) akan buat kau mengharap walau hati kau sudah beribu kali kata, “Dia takkan tunaikan, tolong jangan jadi dungu.”

Ok done mengarut, Sebenarnya nak cakap ni,

Buat penyuruh tunggu : Jangan berjanji ketika sedang bahagia. Janji itu melahirkan harapan dan harapan itu jika tidak tertunai, ianya membunuh jiwa

Buat yang disuruh tunggu : Selagi dia belum jadi yang halal, jangan mengharap. Jika dia serius, dia pantaskan. Jika dia sekadar main-main, dia lewat-lewatkan. Jika tiada jodoh, Tuhan persulitkan. Belajar terima takdir Tuhan.

HAHAHAHAHAHA CISKEK

Jumaat, 2 Oktober 2020

BERHARAP 🤍




Mengharap itu boleh tapi jangan terlalu. Kerana ramai antara kita sering mengharap terlampau tinggi sehingga dia jadi tak sedar diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mengharap terlampau rendah sehingga tiada harapan itu pula adalah masalah serius. Manusia jenis ini tiada keyakinan dan rasakan dia layak dapat yang paling tidak elok di dunia. Manusia ini, a little bit bongek. Dan sepatutnya dikumuh dengan Listerine.

Dalam mengharap, kau perlu sederhana. Kau boleh mengharap untuk sesuatu itu jadi milik kau tetapi jika tidak dapat, kau terima ketentuan Tuhan. Itu sederhana. Apabila kau sederhana, kau lebih sedar, lebih terima, lebih redha.

Tuhan tak beri kau semua kerana Dia tahu. Jangan terlampau kecewa sehingga menampakkan Tuhan kejam. Dia sayang kau, sebab itu Dia jauhkan perkara yang kau tidak tahu.

TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT

 dulu, aku pulang tanpa fikir panjang, tanpa tapis cerita, tanpa takut jadi bahan esok hari. dulu, suara kau adalah tenang, pelukan kau adal...