Kadang terdetik hati untuk membalas,
Meronta untuk keluarkan kata kata yang menyakitkan,
Memberontak untuk memberi kejahatan yang setimpal,
Kurung manusia yang suka melukakan hati orang lain.
Tapi Aku sedarkan diri.
Yang layak membalas itu Allah,
Yang Maha membalas itu Allah,
Yang Maha Adil itu Allah.
Dan memberi ujian itu Allah.
Aku tak layak untuk menghukum, dan lebih lebih lagi untuk mengadili. Kerana Aku tak tahu pengakhiran mereka nanti, Mungkin lebih baik dari aku sendiri.
Aku hanya mampu maafkan berulang kali, Dan doakan yang terbaik untuk mereka.
Bukan Aku lemah. Tapi aku hidup kerana Allah.
✨
Tiada ulasan:
Catat Ulasan