Sabtu, 20 Februari 2021

TUNGGU 🤍

Dunia ini ibarat sekolah.
Tempat kau mengerti dan memahami segala nilai yang kau dapati sepanjang jalan ini.

Berilah apa yang kau punya walau sedikit pada mereka, setidaknya kau bisa menyebarkan senyuman ke banyak hati. Lalu mereka kembali semangat memasuki semula kehidupan.
Terimalah segala ketentuan dengan hati terbuka. Pada mulanya rasa enggan tapi suatu masa kau sedar akan sebuah hikmah yang bakal kau temukan. Mungkin kau akan salahkan Tuhan yang menetapkan tapi sebenarnya Tuhan tahu apa yang kau perlukan.

Sepanjang laluan ini, pastinya ada manusia yang berbuat salah padamu. Rakan yang menikam, cemuhan-cemuhan nista, orang yang bermuka-muka, usaha yang dipatahkan dan pengorbanan yang jarang dihargai. Tidak mengapa, maafkanlah mereka kerana maaf itu adalah dendam yang paling indah. Ingat, kau juga manusia yang punya salah pada lain hamba dan maaf adalah hal yang paling kau pinta. Jadi, mereka juga sama.

Renung dan hayati peristiwa yang telah kau lalui. Ada kenangan yang menyakitkan sehingga kau tidak lagi mahu mengulanginya. Ada juga kenangan itu suatu yang membahagiakan sehingga ada yang tidak mahu kau akhiri. Sakit itu ubat untuk kuat dan senyum itu penawar untuk terus hidup.

Selagi kau bernyawa dari celik mata mengenal dunia hingga tertutup rapat penamat cerita, kau akan diuji bertubi-tubi kanan dan kiri. Makin jauh kau belayar, makin kuat ombak yang harus kau redah. Yang lemah akan hanyut bersama badai manakala yang kuat ada sebuah pantai sedang menantimu ditepian sana. Walaupun kau kuat, pakaianmu juga pasti akan basah. Sabar.

Jika dunia ini ialah sekolah, tunggu di syurga nanti kau bakal digraduasi.

Isnin, 15 Februari 2021

SETIA 🤍

Setia itu satu pilihan.

Ketika kau telah meletakkan satu nama dalam hati, disitu kesetiaan kau mula teruji. Kau akan berjumpa dengan berjuta manusia. Kau boleh memilih yang lebih beragama, yang lebih elok rupanya dan yang lebih baik dirinya.

Jika kau mahu setia, walau berjuta manusia datang dan menguji hati kau tapi hanya dia yang tetap bertakhta di hati. Kau tidak akan mencari cinta selainnya. Kau akan menjaga cinta itu walau apa terjadi.

Dan di saat kau dan dia terpisah jarak dan masa, tak mampu berjumpa dan saling menatap mata, kau tidak akan mencari pengganti buat dirinya untuk sentiasa berada disisi.

Hanya dia yang kau rindu, hanya namanya yang kau sebut dalam bait bait doa untuk sampaikan rindu dan moga dia juga begitu.

RINDU 🤍

Rindu ini mencari pemiliknya. Punya sayap yang bebas terbang dalam rupa doa yang selalu dilangitkan. Hingga nanti moga ia hinggap ke ruang yang ditujukan. 

Ketika waktu mengulit kenangan, rindu tidak dapat dihindari. Berteriak dalam sepi dan membakar setiap ingatan.

Biarlah jarak luas terbentang, biarlah waktu selalu memisahkan. Kejauhan selalu mengajarkan untuk lebih mengerti dan menghargai.

Rindu ini terlalu dalam, tiada tepian. Bisa mati menanggung, hanya pertemuan sebagai penawar.

Ahad, 14 Februari 2021

BANGKIT 🤍




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Dalam aku menyelusuri liku liku hidup, aku sampai terlupa bahawa di bahuku ada batu besar yang sedang menghempap. Barangkali kerana sudah terbiasa menampal senyuman palsu, aku jadi lali menempuh satu demi satu ujian hidup.

Wahai Allah, datangkanlah kepadaku ujian yang besar. Aku tetap kuat dan berusaha untuk berdiri teguh dan kukuh walaupun acapkali hati ini selalu rapuh.

Wahai Allah, hancurkan segala harapan harapan yang aku petik. Biar aku jatuh terkulai, biar aku jatuh terduduk. Agar nanti saat aku bangkit kembali, aku mampu mengapai kekuatan yang luar biasa dari sebelum sebelum ini.

Wahai Allah. Ayuh pecahkan.
Pecahkan tembok hatiku. Biarkan aku meronta ronta mencari titik bangun yang baru. Agar nanti, saat aku meraba raba mencari puzzle kekuatan, aku berpaut pada pautan jambatan iman yang semakin teguh dan kukuh tanpa sebarang halangan.

Wahai Allah, izinkan malam malamku ditemani dengan tangisan demi tangisan. Kerana esok hari, saat aku disapa mentari pagi, aku sudah sedikit lega kerana telah melepaskan beban luka yang telah lama bersarang di dada.

"Kerana selagi tidak diuji, selagi tidak tersungkur, aku tidak rasai bagaimana nikmatnya hidup bertuhan" 


NASIHAT DARI KEMATIAN 🤍



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Keberadaanku tak usah lagi diragukan kerana aku ada setelah denyutan nadimu yang terakhir. Aku antara rahsia terbesar Tuhan kerana misteriku tiada siapa yang tahu. Kamu selalu bertanya tentangku tetapi mengapa kamu tidak bersedia menerima kehadiranku kelak.

Bukankah aku sahabatmu kerana aku terlalu hampir denganmu? Menjengukmu 70 kali setiap hari dan disaat kamu menutup mata, kamu akan dapat merasai keberadaanku walau sementara. Sedihnya, saat tersedar kamu masih makhluk yang lupa tentangku.

Saat kamu terlalu sibuk dengan dunia, pakaianmu telahpun siap ditenun saat nanti kumenjemput. Aku adalah destinasimu, sebuah tempat persinggahan sebelum berpindah ke negeri abadi. Sebelum bertemu denganku, bawalah bekalanmu secukupnya. Aku tidak mahu kamu tenggelam dalam penyesalan kerana nanti rintihan untuk kembali ke dunia hanyalah debu-debu harapan.

Andai kamu mengingatiku, kamu akan lebih mengerti fungsi kewujudan. Masamu sudah tidak banyak, kesempatanmu semakin berkurangan dan titik akhirmu semakin dekat. Ketika daun namamu gugur, aku akan menjemputmu tepat pada waktunya. Bersiapkah kamu menanti kehadiranku?

TENTANG BINTANG 🤍



Disaat matahari hampir hilang, ku takuti andai duniaku terus kelam dan teraba-raba aku dalam mencari arah. Tapi, mujur ada kau bintang.
_
Tentang bintang yang mengajari aku bagaimana untuk terus tersenyum walau gelap manapun keberadaanku. Tanpa disedari, hadirnya bintang itu telah menyembuhkan aku dari segala luka yang pernah menyakiti diri dan jiwa ini.
_
Tentang bintang yang menjadi penunjuk arah disaat aku mencari jalan dalam pelayaran yang tak kunjung kutemukan tepian. Barangkali sempat kuhampir hanyut dan tenggelam alam proses pencarian. Tapi hadirnya bintang itu menunjukkan aku laluan ke mana harusku meneruskan jalan.
_
Tentang bintang yang setia menemani dan hadir disaat aku perlu dan getir. Bintang yang menjadi bukti saat aku bercerita tentang terang dan gelapnya hidup ini.
_
Tentang bintang yang bertebaran diangkasa bersama jutaan lainnya. Pernah tersorok dan pernah tersepit dicelah lainnya tapi makin hari kusedari betapa pentingnya bintang itu dalam jaga dan mimpiku.
_
Walau bintang akan hilang disaat matahari muncul tapi bintang itulah yang selalu aku rindu dan nanti. Wahai bintang, disini aku percaya bahawa aku akan menggapaimu suatu hari nanti. Aku perlukan sinarmu selalu. Tetaplah disini dihati bersama menemani hingga rambut memutih dan tak bisa bernafas lagi.
_
Ibuku, bintangku
🤍

TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT

 dulu, aku pulang tanpa fikir panjang, tanpa tapis cerita, tanpa takut jadi bahan esok hari. dulu, suara kau adalah tenang, pelukan kau adal...