✨ Berapa Ramai Wanita cantik yang Kamu Lihat Hari Ini? 🌸✨
(renungkan kisah orang soleh~😎)
HASAN BIN SINAN adalah seorang ulama' yang warak.
Suatu hari, dia keluar rumah untuk berjumpa dengan temannya. Untuk sampai ke situ, dia akan melalui jalan dan tempat yang ramai orang.
-
Setelah balik ke rumah, Isterinya menyambutnya di muka pintu dan bertanya,
"Berapa ramai wanita cantik yang kamu lihat hari ini? "
-
Hasan tidak menjawab kerana soalan seperti itu memang tidak perlu dijawab.
-
"Berapa ramai wanita cantik yang kamu lihat hari ini?" Isterinya bertanya lagi.
-
Hasan tetap diam. Setelah ditanya untuk beberapa kali lagi, Hasan menjawab dengan nada sedikit tinggi,
"Kenapa kamu bertanya begitu? Aku tidak melihat apa apa pun hari ini sejak keluar dari rumah ini sehingga balik semula kecuali melihat ibu jariku."