Diceritakan bahawa Abu Lahab diringankan siksaannya pada setiap hari Isnin kerana bergembira atas kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ dengan memerdekakan hambanya Tsuwaibah, kerana dia telah memberikan berita kelahiran Al Musthofa.
Bagaimana dengan kita ?
"Telah ada riwayat bahwa selamanya setiap hari Isnin, dia diringankan siksanya kerana bergembira dengan lahirnya baginda Rasulullah ﷺ.
"Maka bagaimana dengan seorang hamba yang selama hidupnya. Selalu bergembira dengan baginda Rasulullah ﷺ dan dia pun meninggal dunia dalam ketauhidan ?
Bagaimana dengan kita yg selalu bergembira dengan kelahiran baginda Rasulullah ﷺ .. ?
Tidakkah kemuliaan dari baginda junjungan akan meliputi hidup kita di dunia dan akhirat ?.
Peringatan kelahiran baginda Rasulullah ﷺ adalah bentuk kegembiraan akan lahirnya manusia teragung dan termulia di dunia ini.
#AllahuAllah..
#SolawatlahSebanyaknya
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ .
جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هُوَ أَهْلُهُ

Tiada ulasan:
Catat Ulasan