Barokah menyatukan keluarga dengan secangkir Qahwah
Kisah tingkap ini begitu masyur dikisahkan didalam biografi Syeikh Abu Bakar Bin Salim.
Salah seorang ulamak terkenal di Makkah al Mukarramah bernama Sayyid Abd Rahim al Basri al Husaini berkahwin dengan seorang wanita yang berpangkat dan keluarganya mempunyai kekayaan serta pangkat. Namun, beliau mendapat layanan yang buruk serta sering disindir oleh isterinya serta keluarga isterinya dek kehidupan beliau yang tidak punyai harta. Bahkan beliau sering dihina.
Pada suatu masa musim Ibadah Haji, Sayyid Abd Rahim bertemu dengan beberapa rombongan daripada Hadhramaut dan mengkisahkan perkara tersebut kepada mereka. Lalu, para jemaah Haji tersebut menyarankan beliau agar menuju ke Hadhramaut dan bertemu dengan salah seorang ulamak terkenal pada waktu itu iaitu Syeikh Abu Bakar Bin Salim.
Sayyid Abd Rahim pun mengambil keputusan untuk menuju ke Hadhramaut mengikuti jemaah Haji tersebut pulang ke Hadhramaut dan berhasrat ingin bertemu dengan syeikh abu bakar bin salim.
Setelah sampai di Kota Inat, beliau dipertemukan dengan syeikh abu bakar bin salim dan sebelum mengkisahkan perihal masalahnya lalu dijawab oleh syeikh abu bakar bin salim bahawasanya masalahnya sudah selesai. Bahkan syeikh abu bakar bin salim menjawab bahawasanya isteri beliau dan keluarga akan menjadi baik dan mencintai beliau.
Peristiwa tersebut berlaku dibiliknya syeikh abu bakar bin salim yang ketika itu beliau sedang memegang secangkir qahwah (kopi) yang berwarna hijau dan dilihat beliau melemparkan qahwah tersebut melepasi tingkap biliknya. Perkara itu disaksikan oleh Sayyid Abd Rahim. Sebelum beliau pulang, syeikh abu bakar bin salim berkata bahawasanya beliau akan mendapat seorang anak lelaki dan namakan anak tersebut dengan nama UMAR. Beliau akan menjadi seorang ulamak yang alim dan bahkan mampu mengeluarkan fatwa pada zamannya.
Setelah Sayyid Abd Rahim pulang ke Makkah, beliau disambut dengan meriah dan layanan yang mesra oleh isterinya dan juga keluarga isterinya sehingga menimbulkan perasaan yang aneh didalam hatinya. Lalu Sayyid Abd Rahim bertanya kepada isterinya akan perkara tersebut lalu dijawab isterinya bahawa, tatkala Sayyid Abd Rahim meninggalkan beliau maka datang seseorang mengetuk pintu rumahnya. Apabila beliau membuka pintu maka terlihat seorang lelaki membawa secangkir qahwah yang berwarna hijau dan lelaki tersebut meminta untuk minum qahwah tersebut. Setelah minum, terus bertambah perasaan kasih sayang dan kecintaan beliau kepada Sayyid Abd Rahim dan tidak sabar menunggu kepulangan suaminya.
Sayyid Abd Rahim terkejut mendengar kisah tersebut dan bertanya kepada isterinya sifat dan rupa lelaki tersebut. Setelah disebutkan ciri - ciri lelaki tersebut, yakinlah beliau bahawasanya lelaki tersebut ialah syeikh abu bakar bin salim sendiri yang datang ke Makkah membawa qahwah hijau dan memberikan kepada isterinya. Beliau bersyukur kepada Allah akan peristiwa yang berlaku.
Tidak beberapa lama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dinamakan dengan nama Umar sebagaimana atas saranan daripada syeikh abu bakar bin salim sendiri. Bayi tersebut akhirnya menjadi orang yang alim dan terkenal di Makkah al Mukarramah serta negara lain sebagai Sayyid Umar Basri al Husaini (w1037 H)
yang merupakan pengarang kepada kitab yang terkenal
- al-Fatawa
- Hasyiah ‘ala Tuhfah al-Muhtaj
#BiografiUlamakHadhramaut💖

Tiada ulasan:
Catat Ulasan