Jumaat, 2 Oktober 2020

BERHARAP 🤍




Mengharap itu boleh tapi jangan terlalu. Kerana ramai antara kita sering mengharap terlampau tinggi sehingga dia jadi tak sedar diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mengharap terlampau rendah sehingga tiada harapan itu pula adalah masalah serius. Manusia jenis ini tiada keyakinan dan rasakan dia layak dapat yang paling tidak elok di dunia. Manusia ini, a little bit bongek. Dan sepatutnya dikumuh dengan Listerine.

Dalam mengharap, kau perlu sederhana. Kau boleh mengharap untuk sesuatu itu jadi milik kau tetapi jika tidak dapat, kau terima ketentuan Tuhan. Itu sederhana. Apabila kau sederhana, kau lebih sedar, lebih terima, lebih redha.

Tuhan tak beri kau semua kerana Dia tahu. Jangan terlampau kecewa sehingga menampakkan Tuhan kejam. Dia sayang kau, sebab itu Dia jauhkan perkara yang kau tidak tahu.

Tiada ulasan:

TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT

 dulu, aku pulang tanpa fikir panjang, tanpa tapis cerita, tanpa takut jadi bahan esok hari. dulu, suara kau adalah tenang, pelukan kau adal...