Jumaat, 28 Februari 2020

MONOLOG DIRI YANG KIAN HILANG 🤍

Kelmarin tatkala kau lafazkan,
Bahawa tiada orang tua yang cantik dan tiada budak yang baik di sini,
Jantungku bagai dipanah mentari,
Sukar memamah kenyataan itu.
-
Namun hari ini aku memang akur bahawa akulah si tua itu,
Yang kian lebur cantik dan menariknya,
Kerana kini aku sudah sedang menghitung hari.
-
Tanpa aku sedari,
Sudah hampur seabad aku di sini,
Dan tidak lama lagi akan dipanggil pulang,
-
Andai aku diberikan peluang,
Pasti ku mohon menjadi sepertimu,
Yang masih anak anak,
Sentiasa kaya dalam dunia yang indah ceria,
-
Dan pasti ku khabarkan bahawa dunia si tua ini,
Amatlah terbatas kerana ia sudah kian hilang serinya,
-
Tatkala difikir,
Bahawa masih banyak bekalan yang belum sempurna untuk dikendong pulang!
-
Wahai Allah,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun segala dosaku🍁

Tiada ulasan:

TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT

 dulu, aku pulang tanpa fikir panjang, tanpa tapis cerita, tanpa takut jadi bahan esok hari. dulu, suara kau adalah tenang, pelukan kau adal...