Memaparkan catatan dengan label اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم. Papar semua catatan

Selasa, 23 Mac 2021

HADIAH DARI LANGIT 🤍




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم


Terima kasih hadir dalam hidup ini kerana mengenalimu adalah hal yang terindah pernah berlaku dalam hidupku. Kita mengenali tanpa diduga dan aku mahu kamu tahu hadirmu membawa erti yang sungguh besar dalam hidupku.

Terima kasih sudi menerima aku apa adanya dan tetap mahu bersama walau kamu tahu betapa kurang dan teruknya duniaku. Aku bersyukur kamu menerima kelebihan dan kekurangan diri ini. Aku tidak akan pernah lupa segala kenangan kita bersama pada masa lalu dan aku mahu kita tetap bersama pada masa depan. Aku mahu menempuh detik-detik indah hari demi hari bersamamu.

Aku tahu kadangnya aku sering tersilap. Aku BERTINDAK BODOH dan TIDAK BERFIKIR PANJANG. Ketika ada detiknya kita tidak seperti selalu kerana pertelingkahan kecil dan salah faham, tahukah kamu bahawa dunia aku seperti telah diragut hingga hilang serinya. 10 jari disusun meminta maaf untuk kekhilafan padamu yang lalu. Walau akan menempuh hari yang berbeza tapi aku tak mahu ulang silap yang sama.

Sungguhnya aku sedar kamu adalah hadiah dari langit oleh Tuhan buatku. Kamu adalah bukti dari baiknya padaku dan tidak mungkin akanku mengsiakan dirimu. Setelah ramai datang dan pergi, terima kasih kerana masih ada disisi dan moga aku kamu cerita kita hingga akhir nanti. 

🤍

Khamis, 18 Mac 2021

HADIR 🤍




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Ada yang datang, ada yang pergi. Ada yang hilang, ada yang pulang. Dan dari untuk semua yang pernah hadir, sepastinya ia membekaskan sesuatu dalam hidup ini. Punya sesuatu hal untuk dihargai dan dipelajari selamanya.

Ada kehadiran yang mencipta kenangan yang selalu diingati dan meninggalkan bekas tapak kaki yang selalu mahu diulangi. Walau coretan detik lalu merengek meminta mahu kembali, tapi ia hanya bisa termakbul dalam ingatan cuma.

Ada juga kehadiran yang memberikan pengajaran hidup untuk dimengerti dan meninggalkan parut di kaki supaya langkah lebih memahami bagaimana tapak kaki ini harus menapak untuk jalan seterusnya nanti.

Setiap yang hadir punya nilai tersendiri lebih-lebih lagi yang punya ruang khas di hati. Dalam catatan perjalanan yang ditulis, mungkin ada yang hadir cuma menjadi ayat, wacana dan juga bab. Dan mungkin ada juga yang  istemewa sehingga menjadi tajuk jalan cerita ini.

Untuk semua ini, terima kasih dipersembahkan buat kalian. Terima kasih sebab hadir dalam perjalanan ini. Terima kasih sebab buat diri ini terasa ada. Terima kasih sebab membuatkan makna hidup itu bernyawa.

Ahad, 14 Februari 2021

NASIHAT DARI KEMATIAN 🤍



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Keberadaanku tak usah lagi diragukan kerana aku ada setelah denyutan nadimu yang terakhir. Aku antara rahsia terbesar Tuhan kerana misteriku tiada siapa yang tahu. Kamu selalu bertanya tentangku tetapi mengapa kamu tidak bersedia menerima kehadiranku kelak.

Bukankah aku sahabatmu kerana aku terlalu hampir denganmu? Menjengukmu 70 kali setiap hari dan disaat kamu menutup mata, kamu akan dapat merasai keberadaanku walau sementara. Sedihnya, saat tersedar kamu masih makhluk yang lupa tentangku.

Saat kamu terlalu sibuk dengan dunia, pakaianmu telahpun siap ditenun saat nanti kumenjemput. Aku adalah destinasimu, sebuah tempat persinggahan sebelum berpindah ke negeri abadi. Sebelum bertemu denganku, bawalah bekalanmu secukupnya. Aku tidak mahu kamu tenggelam dalam penyesalan kerana nanti rintihan untuk kembali ke dunia hanyalah debu-debu harapan.

Andai kamu mengingatiku, kamu akan lebih mengerti fungsi kewujudan. Masamu sudah tidak banyak, kesempatanmu semakin berkurangan dan titik akhirmu semakin dekat. Ketika daun namamu gugur, aku akan menjemputmu tepat pada waktunya. Bersiapkah kamu menanti kehadiranku?

TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT

 dulu, aku pulang tanpa fikir panjang, tanpa tapis cerita, tanpa takut jadi bahan esok hari. dulu, suara kau adalah tenang, pelukan kau adal...