Masihkah kau ingat?
Di sini bermusim yang lalu
Adalah tempat kita merenung wajah pagi
Tatkala suria bulan madu memunculkan diri
Kau dengan wajah lembut
Menggenggam jari jemariku penuh akur
Menerima ketentuan bahawa kau adalah milikku dan aku milikmu.
-
Sayang ini bukanlah leka sebuah kegembiraan
Namun ia adalah sebuah amanah
Dia Maha Mengetahui
Bahawa kitalah penerus generasi
Supaya apabila pulang nanti
Kitalah saksi yang bakal memulangkan semula amanah itu
-
Sayang
Hari ini kita masih di sini
Bersama sebuah penantian abadi
Kerana kita yang telah kian usang bersama waktu berlalu deras
Bagikan bersiap menanti hari
Untuk menemui illahi
Hanya doaku buatmu
Agar dapatlah kiranya
Kita tetap bersama walau nanti akan berada
Di negeri Abadi🍁
Tiada ulasan:
Catat Ulasan