Ahad, 18 Oktober 2020

SELAMAT DATANG RABIUL AWAL /BULAN MAULID๐Ÿค




Diceritakan bahawa Abu Lahab diringankan siksaannya pada setiap hari Isnin kerana bergembira atas kelahiran Baginda Rasulullah ๏ทบ dengan memerdekakan hambanya Tsuwaibah, kerana dia telah memberikan berita kelahiran Al Musthofa.

Bagaimana dengan kita ?

"Telah ada riwayat bahwa selamanya setiap hari Isnin, dia diringankan siksanya kerana bergembira dengan lahirnya baginda Rasulullah ๏ทบ.

"Maka bagaimana dengan seorang hamba yang selama hidupnya. Selalu bergembira dengan baginda Rasulullah ๏ทบ dan dia pun meninggal dunia dalam ketauhidan ?

Bagaimana dengan kita yg selalu bergembira dengan kelahiran baginda Rasulullah ๏ทบ .. ?

Tidakkah kemuliaan dari baginda junjungan akan meliputi hidup kita di dunia dan akhirat ?.

Peringatan kelahiran baginda Rasulullah ๏ทบ adalah bentuk kegembiraan akan lahirnya manusia teragung dan termulia di dunia ini.

#AllahuAllah..
#SolawatlahSebanyaknya

ุงَู„ู„ّٰู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ูˆَุณَู„ِّู…ْ ูˆَุจَุงุฑِูƒْ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ .
ุฌَุฒَู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู†َّุง ุณَูŠِّุฏَู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏًุง ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู…َุง ู‡ُูˆَ ุฃَู‡ْู„ُู‡ُ

Isnin, 12 Oktober 2020

TUNGGU KE MENUNGGU? atau mungkin DI SURUH TUNGGU ๐Ÿค




Sekejam-kejam kelakuan adalah dengan menyuruh seseorang yang menyukai kau, Untuk menunggu kau dan akhirnya selepas dia penat menunggu kau, kau kahwin dengan orang lain.

Ya, kita memang harus pilih yang terbaik buat kita tapi apa yang kau buat itu telah memberikan impak dan merosakkan impian indah seseorang. Yang kau tidak tahu, menunggu itu sakit dan ianya menyeksa. Dia (menunggu) akan buat kau mengharap walau hati kau sudah beribu kali kata, “Dia takkan tunaikan, tolong jangan jadi dungu.”

Ok done mengarut, Sebenarnya nak cakap ni,

Buat penyuruh tunggu : Jangan berjanji ketika sedang bahagia. Janji itu melahirkan harapan dan harapan itu jika tidak tertunai, ianya membunuh jiwa

Buat yang disuruh tunggu : Selagi dia belum jadi yang halal, jangan mengharap. Jika dia serius, dia pantaskan. Jika dia sekadar main-main, dia lewat-lewatkan. Jika tiada jodoh, Tuhan persulitkan. Belajar terima takdir Tuhan.

HAHAHAHAHAHA CISKEK

Jumaat, 2 Oktober 2020

BERHARAP ๐Ÿค




Mengharap itu boleh tapi jangan terlalu. Kerana ramai antara kita sering mengharap terlampau tinggi sehingga dia jadi tak sedar diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mengharap terlampau rendah sehingga tiada harapan itu pula adalah masalah serius. Manusia jenis ini tiada keyakinan dan rasakan dia layak dapat yang paling tidak elok di dunia. Manusia ini, a little bit bongek. Dan sepatutnya dikumuh dengan Listerine.

Dalam mengharap, kau perlu sederhana. Kau boleh mengharap untuk sesuatu itu jadi milik kau tetapi jika tidak dapat, kau terima ketentuan Tuhan. Itu sederhana. Apabila kau sederhana, kau lebih sedar, lebih terima, lebih redha.

Tuhan tak beri kau semua kerana Dia tahu. Jangan terlampau kecewa sehingga menampakkan Tuhan kejam. Dia sayang kau, sebab itu Dia jauhkan perkara yang kau tidak tahu.

Selasa, 1 September 2020

DAKWAH ๐Ÿค


"Dakwah ini bagai air yang menyusur batu. Walaupun air tidak dapat menembusi batu yang keras, Ia akan tetap mengalir di celahan batu tersebut.

Mungkin dari Atas, Bawah, Kiri atau Kanan.

Hakikatnya dakwah pun begitu, Walau sebesar mana pun halangannya, ia perlu sentiasa berjalan." 

✨๐Ÿ’š✨

Ahad, 30 Ogos 2020

[2:286] ๐Ÿค




Tak mungkin suatu semesta terpisah dari semesta semesta lain.
Tidak mungkin basah terpisah dari air, suatu langkah dari gerakan lainnya.
Takkan padam nyala api dengan api lainnya.

Wahai anakku, hatiku berdarah keraa cinta, jangan bersihkan darahku dengan darah yang lain.
Hanya matahari yang mampu hilangkan bayangan dengan hilang dirinya. Matahari memanjangkan dan memendekkan bayangan.

Maka, carilah kuasa ini dari Sang Matahari.
Kalaupun ribuan tahun kau cuba hindari, pada akhirnya, kan kau dapati bayangan senantiasa bersamamu.

Yang melayanimu adalah dosa dosamu,
Yang menolongmu adalah sakitmu dan rasa takutmu,
Nyala lilinmu adalah kegelapanmu, pencarian dan jelajahmu dari jerat rantaimu.

Hal ini kan ku jelaskan, hanya jika telah kuat hatimu,
Sebab jika remuk hatimu, takkan pernah ia pulih

Mestilah engkau miliki, dan sandingkan keduanya, Cahaya dan Kegelapan
Dengarkanlah anakku, bersujudlah dalam diam di hadapan Pohon Taqwa pada malam yang sunyi

Ketika dari pohon RahmatNya, Dia tumbuhkan untukmu sayap dan bulu, jadilah sesenyap merpati, jangan mendekur.

Ketika seekor katak masuk kedalam air, sang ular tak dapat mendengarnya, tapi saat ia menguak, ular jadi tahu dimana ia berada.

Walaupun sang katak berusaha menipu, dengan mendesis menirukan ular, suara aslinya yang parau tetap terdengar.

Sang katak hanya dapat selamat jika menutup mulut, dan diam di suatu sudut.

Mengadulah pada Allah,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al Baqarah 2:286)

Khamis, 27 Ogos 2020

SAHABAT ๐Ÿค




Duhai dikau,
Tiada air mata yang jatuh, Kecuali Allah izinkan,
Tiada duka yang abadi, Kecuali Allah aturkan,
Tiada musibah yang menimpa, Kecuali Allah telah tetapkan ia terjadi,

Di saat kebuntuan, Tiada seorang manusia pun akan dapat memberikan jalan penyelesaian kecuali Allah

Kerana hanya Allah sahaja yang Maha Tahu, Apakah yang paling terbaik harus kita lakukan,
Kerana hanya Allah sahaja yang Maha Tahu, Apa yang paling terbaik untuk kita untuk masa depan,
Masa depan itu mencakupi urusan dunia hingga sampai ke akhirat,
Setiap ujian kepedihan, Itu mungkin ada dosa yang masih belum terluput,

Lalu Allah tahu, Dengan amal yang ada belum bisa menghapuskannya
Justeru, Ditimpakan kepedihan dugaan untuk membuatkan hamba kembali berlari mendekat kepadaNya

SerapatNya, Tanpa putus asa,
Petunjuk itu milik Allah,
Hidayah itu milik Allah,
Segala keinginan dan apa yang kita harapkan itu hanya Allah sahaja Maha Berkuasa memenuhinya,
Meski terkadang terasa ia sangat mustahil,
Namun tiada yang susah bagi Allah jika Dia menghendaki,

Kawan 
Mintalah padaNya,
Sujudlah padaNya,
Beristikharahlah kepadaNya,
Dengan sepenuh hati dan jiwa,
Dengan sepenuh takut dan harap padaNya,
Dengan sepenuh rintihan hati yang sangat 'memerlukan' pertolonganNya,

Sungguh DIA Maha dekat lagi Maha Mengasihani setiap hamba,
(Bicara keyakinan dan sandaran pada Allah)

Allah ya Ghoffur,
Ampunilah kami,
Tuntunilah hidup kami,
Masukkan kami dalam hamba yang benar benar yakin, Pasrah dan Tawakal kepadaMu selalu.
Aamiin yaa Robbal'aalamiin..

Maaf salah silap

KAWAN ๐Ÿค




Kawan,
Ada yg hadir hanya untuk melepaskan kesedihannya
Ada yang hadir untuk menyakitiku
Ada yang hadir untuk membuatku terluka
Ada yang hadir untuk mengubahku
Ada yang hadir untuk menyayangiku

Tetapi hakikat persahabatan adalah, perpisahan yang mana tidak semua menyukai kita. Sabahat jugak merupakan seorang  manusia yang mempunyai pemikirannya sendiri.

Adakala suka,
adakala benci,

Namun apakan daya.

Siapalah aku untuk memaksanya berkawan denganku.
Kesedihanku hanya dapat ku luah pada yang setia dari lahir.
๐Ÿƒ

Sabtu, 8 Ogos 2020

NASIHAT SHEIKH ZAINUL ASRI ๐Ÿค


ุงู„ู„ّู‡ู…ّ ุตู„ّ ุนู„ู‰ ุณูŠّุฏู†ุง ู…ุญู…ّุฏ.

Manusia ini selalu berangan angan dengan pekara yang jauh kehadapan. Sedangkan mereka lupa akan kematian. Padahal kematian itu dekat sahaja dengan kita .

" Ciptalah nama bagi nama kita ada dalam Syurga. Cipta nama kita bagi nama kita tersenarai sebagai PENGHUNI SYURGA ALLAH..  Tiket Syurga beli di sini (dunia), baru ada tempat di sana (SYURGA)"

"Selagi mana kita belum beramal,  kita tidak akan tahu macam mana rasa mesra dengan Allah SWT.

"Ibarat lastik..sekuat mana ditarik sejauh itulah batu akan pergi....begitu juga dalam mendapatkan CINTA ALLAH... Sekuat mana kemahuan kita dalam mendapatkan CINTA ALLAH... setara itulah CINTA akan diperolehi"

"Kita tidak akan ditolong oleh ALLAH SWT, kalau kita tidak yakin kepada ALLAH. ALLAH SWT akan tolong kita mengikut berapa kadar kita yakin kepada DIA".

Orang yang banyak buat dosa di bumi bererti dia sedang mengutip bahan-bahan untuk membakar dirinya sendiri kelak.

"Kalau dunia ada di dalam hati kita, habis kita, virus makan dalam, rosak semuanya, hilang khusyuk sembahyang, hilang barakah, hilang pandangan ALLAH. Tiada keredhaan ALLAH... Jadi, jangan duduk dalam KETIDAKREDHAAN ALLAH kepada kita."

"Buang apa saja selain dari ALLAH yang ada dalam hati. Jiwa yang ada selain ALLAH  tidak akan tenang. Dia tak duk di level mutmainnah. Dia sentiasa keluh kesah, dia tak tenang, dia tak ada bahagia.. Kalau ALLAH uji, kelam kabut... berselerak!"
Sedangkan, orang yang hanya ada ALLAH dalam hati, bila ALLAH uji, semakin dekat dia dengan ALLAH, semakin kuat dia bergantung dengan ALLAH, semakin kejap.''

Semakin bertambah MA'RIFATULLAH kita di dunia, semakin bertambah rasa seronok ketika melihat ALLAH SWT di SYURGA.

"Sucikan hati sesuci-sucinya. Bersihkan sebersih- bersihnya, bagi kilat sekilat-kilatnya. Itulah perjuangan kita di dunia ini. Itulah hati yang dipandang ALLAH.. Hati bersih barulah  ALLAH pandang."

"Rugi sungguh orang yang ada hati tapi tak guna untuk mengenal TUHAN."

“Hati yang rendah adalah hati orang yang selalu merasakan dia berdosa.”

“Sesiapa menjaga pandangannya, maka ALLAH akan memberi (untuknya) kemanisan dalam beribadat.”

"Laluan kepada TUHAN ialah laluan yang dipenuhi dengan ujian. Para WALI menempuhi ujian dengan cinta."

Lebih ditakuti ialah bilamana NABI SAW tidak perhati kita. Macam mana tidak diperhati NABI? kita  lupa (selawat) kepada NABI SAW.


ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

KISAH TINGKAP BILIK SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM ๐Ÿค




Barokah menyatukan keluarga dengan secangkir Qahwah

Kisah tingkap ini begitu masyur dikisahkan didalam biografi Syeikh Abu Bakar Bin Salim.

Salah seorang ulamak terkenal di Makkah al Mukarramah bernama Sayyid Abd Rahim al Basri al Husaini berkahwin dengan seorang wanita yang berpangkat dan keluarganya mempunyai kekayaan serta pangkat. Namun, beliau mendapat layanan yang buruk serta sering disindir oleh isterinya serta keluarga isterinya dek kehidupan beliau yang tidak punyai harta. Bahkan beliau sering dihina.

Pada suatu masa musim Ibadah Haji, Sayyid Abd Rahim bertemu dengan beberapa rombongan daripada Hadhramaut dan mengkisahkan perkara tersebut kepada mereka. Lalu, para jemaah Haji tersebut menyarankan beliau agar menuju ke Hadhramaut dan bertemu dengan salah seorang ulamak terkenal pada waktu itu iaitu Syeikh Abu Bakar Bin Salim.

Sayyid Abd Rahim pun mengambil keputusan untuk menuju ke Hadhramaut mengikuti jemaah Haji tersebut pulang ke Hadhramaut dan berhasrat ingin bertemu dengan syeikh abu bakar bin salim.

Setelah sampai di Kota Inat, beliau dipertemukan dengan syeikh abu bakar bin salim dan sebelum mengkisahkan perihal masalahnya lalu dijawab oleh syeikh abu bakar bin salim bahawasanya masalahnya sudah selesai. Bahkan syeikh abu bakar bin salim menjawab bahawasanya isteri beliau dan keluarga akan menjadi baik dan mencintai beliau. 

Peristiwa tersebut berlaku dibiliknya syeikh abu bakar bin salim yang ketika itu beliau sedang memegang secangkir qahwah (kopi) yang berwarna hijau dan dilihat beliau melemparkan qahwah tersebut melepasi tingkap biliknya. Perkara itu disaksikan oleh Sayyid Abd Rahim. Sebelum beliau pulang, syeikh abu bakar bin salim berkata bahawasanya beliau akan mendapat seorang anak lelaki dan namakan anak tersebut dengan nama UMAR. Beliau akan menjadi seorang ulamak yang alim dan bahkan mampu mengeluarkan fatwa pada zamannya.

Setelah Sayyid Abd Rahim pulang ke Makkah, beliau disambut dengan meriah dan layanan yang mesra oleh isterinya dan juga keluarga isterinya sehingga menimbulkan perasaan yang aneh didalam hatinya. Lalu Sayyid Abd Rahim bertanya kepada isterinya akan perkara tersebut lalu dijawab isterinya bahawa, tatkala Sayyid Abd Rahim meninggalkan beliau maka datang seseorang mengetuk pintu rumahnya. Apabila beliau membuka pintu maka terlihat seorang lelaki membawa secangkir qahwah yang berwarna hijau dan lelaki tersebut meminta untuk minum qahwah tersebut. Setelah minum, terus bertambah perasaan kasih sayang dan kecintaan beliau kepada Sayyid Abd Rahim dan tidak sabar menunggu kepulangan suaminya.

Sayyid Abd Rahim terkejut mendengar kisah tersebut dan bertanya kepada isterinya sifat dan rupa lelaki tersebut. Setelah disebutkan ciri - ciri lelaki tersebut, yakinlah beliau bahawasanya lelaki tersebut ialah syeikh abu bakar bin salim sendiri yang datang ke Makkah membawa qahwah hijau dan memberikan kepada isterinya. Beliau bersyukur kepada Allah akan peristiwa yang berlaku. 

Tidak beberapa lama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dinamakan dengan nama Umar sebagaimana atas saranan daripada syeikh abu bakar bin salim sendiri. Bayi tersebut akhirnya menjadi orang yang alim dan terkenal di Makkah al Mukarramah serta negara lain sebagai Sayyid Umar Basri al Husaini (w1037 H)
yang merupakan pengarang kepada kitab yang terkenal
- al-Fatawa
- Hasyiah ‘ala Tuhfah al-Muhtaj

#BiografiUlamakHadhramaut๐Ÿ’–

TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT

 dulu, aku pulang tanpa fikir panjang, tanpa tapis cerita, tanpa takut jadi bahan esok hari. dulu, suara kau adalah tenang, pelukan kau adal...