Selasa, 23 Mac 2021

HADIAH DARI LANGIT ๐Ÿค




ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุงَู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู„ِّู…


Terima kasih hadir dalam hidup ini kerana mengenalimu adalah hal yang terindah pernah berlaku dalam hidupku. Kita mengenali tanpa diduga dan aku mahu kamu tahu hadirmu membawa erti yang sungguh besar dalam hidupku.

Terima kasih sudi menerima aku apa adanya dan tetap mahu bersama walau kamu tahu betapa kurang dan teruknya duniaku. Aku bersyukur kamu menerima kelebihan dan kekurangan diri ini. Aku tidak akan pernah lupa segala kenangan kita bersama pada masa lalu dan aku mahu kita tetap bersama pada masa depan. Aku mahu menempuh detik-detik indah hari demi hari bersamamu.

Aku tahu kadangnya aku sering tersilap. Aku BERTINDAK BODOH dan TIDAK BERFIKIR PANJANG. Ketika ada detiknya kita tidak seperti selalu kerana pertelingkahan kecil dan salah faham, tahukah kamu bahawa dunia aku seperti telah diragut hingga hilang serinya. 10 jari disusun meminta maaf untuk kekhilafan padamu yang lalu. Walau akan menempuh hari yang berbeza tapi aku tak mahu ulang silap yang sama.

Sungguhnya aku sedar kamu adalah hadiah dari langit oleh Tuhan buatku. Kamu adalah bukti dari baiknya padaku dan tidak mungkin akanku mengsiakan dirimu. Setelah ramai datang dan pergi, terima kasih kerana masih ada disisi dan moga aku kamu cerita kita hingga akhir nanti. 

๐Ÿค

Khamis, 18 Mac 2021

HADIR ๐Ÿค




ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุงَู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู„ِّู…

Ada yang datang, ada yang pergi. Ada yang hilang, ada yang pulang. Dan dari untuk semua yang pernah hadir, sepastinya ia membekaskan sesuatu dalam hidup ini. Punya sesuatu hal untuk dihargai dan dipelajari selamanya.

Ada kehadiran yang mencipta kenangan yang selalu diingati dan meninggalkan bekas tapak kaki yang selalu mahu diulangi. Walau coretan detik lalu merengek meminta mahu kembali, tapi ia hanya bisa termakbul dalam ingatan cuma.

Ada juga kehadiran yang memberikan pengajaran hidup untuk dimengerti dan meninggalkan parut di kaki supaya langkah lebih memahami bagaimana tapak kaki ini harus menapak untuk jalan seterusnya nanti.

Setiap yang hadir punya nilai tersendiri lebih-lebih lagi yang punya ruang khas di hati. Dalam catatan perjalanan yang ditulis, mungkin ada yang hadir cuma menjadi ayat, wacana dan juga bab. Dan mungkin ada juga yang  istemewa sehingga menjadi tajuk jalan cerita ini.

Untuk semua ini, terima kasih dipersembahkan buat kalian. Terima kasih sebab hadir dalam perjalanan ini. Terima kasih sebab buat diri ini terasa ada. Terima kasih sebab membuatkan makna hidup itu bernyawa.

Sabtu, 20 Februari 2021

TUNGGU ๐Ÿค

Dunia ini ibarat sekolah.
Tempat kau mengerti dan memahami segala nilai yang kau dapati sepanjang jalan ini.

Berilah apa yang kau punya walau sedikit pada mereka, setidaknya kau bisa menyebarkan senyuman ke banyak hati. Lalu mereka kembali semangat memasuki semula kehidupan.
Terimalah segala ketentuan dengan hati terbuka. Pada mulanya rasa enggan tapi suatu masa kau sedar akan sebuah hikmah yang bakal kau temukan. Mungkin kau akan salahkan Tuhan yang menetapkan tapi sebenarnya Tuhan tahu apa yang kau perlukan.

Sepanjang laluan ini, pastinya ada manusia yang berbuat salah padamu. Rakan yang menikam, cemuhan-cemuhan nista, orang yang bermuka-muka, usaha yang dipatahkan dan pengorbanan yang jarang dihargai. Tidak mengapa, maafkanlah mereka kerana maaf itu adalah dendam yang paling indah. Ingat, kau juga manusia yang punya salah pada lain hamba dan maaf adalah hal yang paling kau pinta. Jadi, mereka juga sama.

Renung dan hayati peristiwa yang telah kau lalui. Ada kenangan yang menyakitkan sehingga kau tidak lagi mahu mengulanginya. Ada juga kenangan itu suatu yang membahagiakan sehingga ada yang tidak mahu kau akhiri. Sakit itu ubat untuk kuat dan senyum itu penawar untuk terus hidup.

Selagi kau bernyawa dari celik mata mengenal dunia hingga tertutup rapat penamat cerita, kau akan diuji bertubi-tubi kanan dan kiri. Makin jauh kau belayar, makin kuat ombak yang harus kau redah. Yang lemah akan hanyut bersama badai manakala yang kuat ada sebuah pantai sedang menantimu ditepian sana. Walaupun kau kuat, pakaianmu juga pasti akan basah. Sabar.

Jika dunia ini ialah sekolah, tunggu di syurga nanti kau bakal digraduasi.

Isnin, 15 Februari 2021

SETIA ๐Ÿค

Setia itu satu pilihan.

Ketika kau telah meletakkan satu nama dalam hati, disitu kesetiaan kau mula teruji. Kau akan berjumpa dengan berjuta manusia. Kau boleh memilih yang lebih beragama, yang lebih elok rupanya dan yang lebih baik dirinya.

Jika kau mahu setia, walau berjuta manusia datang dan menguji hati kau tapi hanya dia yang tetap bertakhta di hati. Kau tidak akan mencari cinta selainnya. Kau akan menjaga cinta itu walau apa terjadi.

Dan di saat kau dan dia terpisah jarak dan masa, tak mampu berjumpa dan saling menatap mata, kau tidak akan mencari pengganti buat dirinya untuk sentiasa berada disisi.

Hanya dia yang kau rindu, hanya namanya yang kau sebut dalam bait bait doa untuk sampaikan rindu dan moga dia juga begitu.

RINDU ๐Ÿค

Rindu ini mencari pemiliknya. Punya sayap yang bebas terbang dalam rupa doa yang selalu dilangitkan. Hingga nanti moga ia hinggap ke ruang yang ditujukan. 

Ketika waktu mengulit kenangan, rindu tidak dapat dihindari. Berteriak dalam sepi dan membakar setiap ingatan.

Biarlah jarak luas terbentang, biarlah waktu selalu memisahkan. Kejauhan selalu mengajarkan untuk lebih mengerti dan menghargai.

Rindu ini terlalu dalam, tiada tepian. Bisa mati menanggung, hanya pertemuan sebagai penawar.

Ahad, 14 Februari 2021

BANGKIT ๐Ÿค




ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุงَู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู„ِّู…

Dalam aku menyelusuri liku liku hidup, aku sampai terlupa bahawa di bahuku ada batu besar yang sedang menghempap. Barangkali kerana sudah terbiasa menampal senyuman palsu, aku jadi lali menempuh satu demi satu ujian hidup.

Wahai Allah, datangkanlah kepadaku ujian yang besar. Aku tetap kuat dan berusaha untuk berdiri teguh dan kukuh walaupun acapkali hati ini selalu rapuh.

Wahai Allah, hancurkan segala harapan harapan yang aku petik. Biar aku jatuh terkulai, biar aku jatuh terduduk. Agar nanti saat aku bangkit kembali, aku mampu mengapai kekuatan yang luar biasa dari sebelum sebelum ini.

Wahai Allah. Ayuh pecahkan.
Pecahkan tembok hatiku. Biarkan aku meronta ronta mencari titik bangun yang baru. Agar nanti, saat aku meraba raba mencari puzzle kekuatan, aku berpaut pada pautan jambatan iman yang semakin teguh dan kukuh tanpa sebarang halangan.

Wahai Allah, izinkan malam malamku ditemani dengan tangisan demi tangisan. Kerana esok hari, saat aku disapa mentari pagi, aku sudah sedikit lega kerana telah melepaskan beban luka yang telah lama bersarang di dada.

"Kerana selagi tidak diuji, selagi tidak tersungkur, aku tidak rasai bagaimana nikmatnya hidup bertuhan" 


NASIHAT DARI KEMATIAN ๐Ÿค



ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุงَู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู„ِّู…

Keberadaanku tak usah lagi diragukan kerana aku ada setelah denyutan nadimu yang terakhir. Aku antara rahsia terbesar Tuhan kerana misteriku tiada siapa yang tahu. Kamu selalu bertanya tentangku tetapi mengapa kamu tidak bersedia menerima kehadiranku kelak.

Bukankah aku sahabatmu kerana aku terlalu hampir denganmu? Menjengukmu 70 kali setiap hari dan disaat kamu menutup mata, kamu akan dapat merasai keberadaanku walau sementara. Sedihnya, saat tersedar kamu masih makhluk yang lupa tentangku.

Saat kamu terlalu sibuk dengan dunia, pakaianmu telahpun siap ditenun saat nanti kumenjemput. Aku adalah destinasimu, sebuah tempat persinggahan sebelum berpindah ke negeri abadi. Sebelum bertemu denganku, bawalah bekalanmu secukupnya. Aku tidak mahu kamu tenggelam dalam penyesalan kerana nanti rintihan untuk kembali ke dunia hanyalah debu-debu harapan.

Andai kamu mengingatiku, kamu akan lebih mengerti fungsi kewujudan. Masamu sudah tidak banyak, kesempatanmu semakin berkurangan dan titik akhirmu semakin dekat. Ketika daun namamu gugur, aku akan menjemputmu tepat pada waktunya. Bersiapkah kamu menanti kehadiranku?

TENTANG BINTANG ๐Ÿค



Disaat matahari hampir hilang, ku takuti andai duniaku terus kelam dan teraba-raba aku dalam mencari arah. Tapi, mujur ada kau bintang.
_
Tentang bintang yang mengajari aku bagaimana untuk terus tersenyum walau gelap manapun keberadaanku. Tanpa disedari, hadirnya bintang itu telah menyembuhkan aku dari segala luka yang pernah menyakiti diri dan jiwa ini.
_
Tentang bintang yang menjadi penunjuk arah disaat aku mencari jalan dalam pelayaran yang tak kunjung kutemukan tepian. Barangkali sempat kuhampir hanyut dan tenggelam alam proses pencarian. Tapi hadirnya bintang itu menunjukkan aku laluan ke mana harusku meneruskan jalan.
_
Tentang bintang yang setia menemani dan hadir disaat aku perlu dan getir. Bintang yang menjadi bukti saat aku bercerita tentang terang dan gelapnya hidup ini.
_
Tentang bintang yang bertebaran diangkasa bersama jutaan lainnya. Pernah tersorok dan pernah tersepit dicelah lainnya tapi makin hari kusedari betapa pentingnya bintang itu dalam jaga dan mimpiku.
_
Walau bintang akan hilang disaat matahari muncul tapi bintang itulah yang selalu aku rindu dan nanti. Wahai bintang, disini aku percaya bahawa aku akan menggapaimu suatu hari nanti. Aku perlukan sinarmu selalu. Tetaplah disini dihati bersama menemani hingga rambut memutih dan tak bisa bernafas lagi.
_
Ibuku, bintangku
๐Ÿค

Isnin, 25 Januari 2021

SELAMAT ๐Ÿค




Selamat 

Selamat atas luka yang berhasil sembuh, perihal waktu yang menyembuhkan derita tentang aku yang sering dilupa.

Selamat pergi penantian, mungkin kamu ialah destinasi yang tak pernah akan ku temukan tempat perhentian.

Selamat hilang harapan, tentang mimpi yang ku perjuangkan namun lelah ditengah jalan, jalan kearahmu yang kukira tak pernah ditakdirkan Tuhan buat aku.

Selamat tinggal kenangan, waktu telah berlalu tentang aku yang pernah berusaha sekuat mampu mendapatkanmu suatu masa dulu.

Selamat buat kamu, moga nanti bersatu dengan dia yang kau damba. Ku ikhlaskan tentang usaha yang kau persia dan rasaku yang dibuang cuma.  Ku disini mengharap kamu bahagia selalu dan selamanya.

Selamat pergi antara kita. Biarlah kamu dan aku melangkah kearah sendiri kerana mungkin perkataan 'kita' tak pernah wujud dalam kamus rasa.

☺๐Ÿ‘‹

Selasa, 22 Disember 2020

KUBUR ๐Ÿค


Rumah yang selama ini menanti, tapi tak pernah kamu sadari.

Sekacau apapun suasana hatimu, sejauh apapun kamu kehilangan arah, serumit apapun masalah yang kamu hadapi, sebesar apapun rasa benci yang kamu pendam, sesakit apapun kecewa yang kamu tahan.

Ada perasaan terhebat yang menunggumu di rumah.

Penawar yang sebenarnya selama ini juga sedang menunggu kedatanganmu, tak ingin melihatmu bersedih terlalu lama, membuatmu tertawa dengan cara apapun dilakukannya. Menyiapkan ruang yang belum pernah kamu tempati sebelumnya dan sebisa mungkin membuatmu aman dan nyaman di sana.

Sudah waktunya untukmu belajar melupakan, untuk yang telah terlupakan.

Mulai melihat rumah yang dekat dan tak ingin jauh darimu, sebuah rumah yang mudah menerima apapun keadaanmu. Namun, dengan satu pertanyaan menggantung.

Apakah kamu bersedia mendatanginya?

Kubur~

Isnin, 26 Oktober 2020

TERTANGGUHNYA SEBUAH DOA ๐Ÿค



Tak terhitung banyaknya hamba yang taat, Menjerit dalam doa sehingga kabut ketulusan membubung ke langit.

Dan dari rintihan penyesalan dosa, Naik wewangian melampaui atap langit.

Sehingga para malaikat yang patuh memohon kepada Rabb, seraya berkata,

"Wahai Engkau yang menjawab semua doa, Wahai Engkau yang perlindungannya didambakan. Seorang hambaMu yang taat tengah memohon dengan berendah hati, Tak digantungkannya harapan kecuali kepadaMu. Engkau Sang Penganugerah limpahan bahkan kepada mereka yang asing padaMu(bukan islam), turut memperoleh, mengharap dan mendapat dambaannya dariMu."

Rabb bersabda, "Bukanlah kerana dia tercela, sehingga anugerahKu baginya ditunda. Akan tetapi penundaan itu adalah sebuah bantuan๐Ÿ’š.

Kebutuhannya membawa dia dari kelalaiannya kepadaKu, Kebutuhannya menjadikan dia dari alpa kepada taat.

Seandainya langsung Ku penuhi keperluannya, segera dia berbalik, tenggelam kembali dalam permainan hidupnya.

Walaupun dia merintih, dari kedalaman jiwanya: "Wahai Rabb, Sang Maha Pelindung, "biarlah dia menangis dengan hati patah dan dada terluka.

Aku senang mendengar rintihannya,
"Wahai Rabb," dan do'a yang dia rahasiakan(hamba)

Dan bagaimana dalam permohonan dan beralasan kepada Ku, akan dia ajukan aneka/bermacam bujukan, bahkan cuba memperdaya dan memaksa.

Orang memasukkan burung nuri dan bulbul ke dalam kandang yang bagus, untuk mendengar keindahan suara dan nyanyian mereka.

Itu tak dilakukan orang terhadap burung hantu atau gagak.

Atau, seperti kisah dua orang yang pergi menemui seorang pembuat roti, yang pertama seorang yang tua dan buruk rupa, yang ke dua seorang pemuda tampan, yang elok wajahnya disukai sang tukang roti.

Ke duanya meminta roti, Sang tukang roti segera memberi si tua buruk rupa sepotong roti tak beragi, lalu langsung menyuruh dia pergi.

Tapi apakah dia akan juga segera memberi roti pada sang pemuda yang ketampanan dan elok wajahnya yanh dia sukai? Tidak! malah dia akan menahannya.

Dia akan berkata, "duduklah sebentar, kau takkan rugi sedikit pun, roti segar yang baru tengah dibakar."

Lalu, ketika sudah matang, dan roti panas dansegar dihidangkan kepadanya, sang tukang roti akan berkata, "tunggulah sebentar lagi, halwa segera dihidangkan."

Begitulah dia suka menahan sang pemuda, dan secara tersembunyi menjadikan sang pemuda sasaran perhatiannya.

Seakan berkata, "Aku punya urusan penting yang perlu kita bicarakan, keraa itu tunggulah sebentar, wahai wajah elok rupawan."

Ketahuilah dengan yakin, inilah sebab mengapa mereka yang beriman, menjumpai berbagai kekecewaan ketika memohonkan kebaikan dan menghindari kejahatan.


TEMPAT YANG DULU RASA SELAMAT

 dulu, aku pulang tanpa fikir panjang, tanpa tapis cerita, tanpa takut jadi bahan esok hari. dulu, suara kau adalah tenang, pelukan kau adal...