Selamat
Selamat atas luka yang berhasil sembuh, perihal waktu yang menyembuhkan derita tentang aku yang sering dilupa.
Selamat pergi penantian, mungkin kamu ialah destinasi yang tak pernah akan ku temukan tempat perhentian.
Selamat hilang harapan, tentang mimpi yang ku perjuangkan namun lelah ditengah jalan, jalan kearahmu yang kukira tak pernah ditakdirkan Tuhan buat aku.
Selamat tinggal kenangan, waktu telah berlalu tentang aku yang pernah berusaha sekuat mampu mendapatkanmu suatu masa dulu.
Selamat buat kamu, moga nanti bersatu dengan dia yang kau damba. Ku ikhlaskan tentang usaha yang kau persia dan rasaku yang dibuang cuma. Ku disini mengharap kamu bahagia selalu dan selamanya.
Selamat pergi antara kita. Biarlah kamu dan aku melangkah kearah sendiri kerana mungkin perkataan 'kita' tak pernah wujud dalam kamus rasa.
☺👋

Tiada ulasan:
Catat Ulasan