اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
…
Keberadaanku tak usah lagi diragukan kerana aku ada setelah denyutan nadimu yang terakhir. Aku antara rahsia terbesar Tuhan kerana misteriku tiada siapa yang tahu. Kamu selalu bertanya tentangku tetapi mengapa kamu tidak bersedia menerima kehadiranku kelak.
Bukankah aku sahabatmu kerana aku terlalu hampir denganmu? Menjengukmu 70 kali setiap hari dan disaat kamu menutup mata, kamu akan dapat merasai keberadaanku walau sementara. Sedihnya, saat tersedar kamu masih makhluk yang lupa tentangku.
Saat kamu terlalu sibuk dengan dunia, pakaianmu telahpun siap ditenun saat nanti kumenjemput. Aku adalah destinasimu, sebuah tempat persinggahan sebelum berpindah ke negeri abadi. Sebelum bertemu denganku, bawalah bekalanmu secukupnya. Aku tidak mahu kamu tenggelam dalam penyesalan kerana nanti rintihan untuk kembali ke dunia hanyalah debu-debu harapan.
Andai kamu mengingatiku, kamu akan lebih mengerti fungsi kewujudan. Masamu sudah tidak banyak, kesempatanmu semakin berkurangan dan titik akhirmu semakin dekat. Ketika daun namamu gugur, aku akan menjemputmu tepat pada waktunya. Bersiapkah kamu menanti kehadiranku?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan